Feb 4, 2011

Ya ALLAH please save Mesir.

assalammualaikum kawan kawan. entry kali ni same dgn post di FB yg sy update. ya allah tolong selamatkn Mesir.. kalian semua mesti da tahu kn keadaan di sana? semalam sy tgk berita tiba tba jantung berdegup laju takut yang amat sangat.. takut dengan keadaan dunia sekarang, xcukup dengan kemalangan yg berlaku, rogol, buang anak, membunuh. ya allah takutnya saya ;(
Menonton berita tentang rusuhan yang terjadi di Mesir kerana menentang pimpinan Hosni Mubarak menjadikan saya diam sebentar. Segalanya kacau-bilau, huru-hara dan menakutkan. Pergaduhan, jeritan, bunyi tembakan dan kemusnahan dapat dilihat melanda penduduk-penduduk Mesir. Hati saya berdetik..Bagaimana nasib mereka? Bagaimana dengan saudara-saudara seislamku di sana? Adakah mereka selamat? ya allah tolong selamatkan mereka.Rusuhan berlaku di merata tempat di Mesir. Orang biasa yang tidak bersalah juga boleh menjadi mangsa akibat peluru sesat dan sifat tidak perikemanusiaan insan lain. Orang awam bertempur dengan pihak polis dan tentera. Mesir berpestakan darah manusia. Tiada lagi yang berani berjalan-jalan di luar. Semuanya berkurung di dalam rumah meniti hari yang tidak pasti. semuanye kacau bilau tiada bekalan makanan,orang yg tidak bersalah menjadi mangsa, talian komunikasi dan internet juga disekat. ya allah tolong selamatkan Mesir. marilah kawan kawan kita sama sama mendoakan yang terbaik ;( 









LINDUNGI SAHABAT DAN SAUDARA KAMI, YA ALLAH . .