Feb 19, 2011

MUHASABAH DIRI TU SIKIT

HI, Assalammualaikum semua (:

Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya.Kita mesti fikir tentang itu.Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan.
kita kena renung dan fikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan.Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita.Selepas berfikir itu,kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi.Yang lepas tu biarlah berlalu.Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu..Sikap tak puas hati pada seseorang ini berkait rapat dengan rasa hasad dan dengki.Biasanya cmtula..Samada kita lebih sikit dr die ke, benci kt kita ke, dendam ke semua yg negatif la pokoknye. maka sememangnya sikap tak puas hati ini tetap wujud.Sehinggalah sampai kita akan mati !!


Besyukurlah dengan apa yang ada pada kita.Kelebihan yang ada pada kita tak terdapat pada orang lain.Itulah 'permata' dalam diri kita.Tetapi kita tak lekang dari mempunyai kekurangan dan kelemahan.Begitulah manusia lain.Mereka ada kelebihan dan ada kekurangan.Mungkin-mungkin mereka juga ada yang irihati atau berhasad pabila melihat 'permata' yang berada pada kita.Kita tak puas hati dengan seseorang.Orang lain pun tak puas hati sama kita.Samalah tu.Kita nak orang lain jaga hati kita tetapi kita tak pula terniat nak jaga hati orang lain.Kita rasa orang lain salah tetapi kita tak rasa kita ni pun salah.Macam mana ni?Maksudnya kita ni sombong ke?Kalau kita sombong,kita tetap nak kita juga menang.Nak orang lain kalah dalam setiap pebahasan.Kitalah yang senantiasa betul.Betulkah cara kita ini?Tetapi kalau kita ni jenis manusia yang suka beralah bukan kerana 'bodoh' tetapi beralah kerana 'cerdik' pasti tak terjadi satu tanggapan pada manusia lain bahwa kita ni jenis tak suka mengalah.Nak menang je..Pada aku sikap begini patut dibuang jauh-jauh dari diri manusia.Kalau kita suka kekal dalam gaya tersebut,benarlah kawan-kawan akan menjauhkan diri dari kita walaupun kita dah hampir mendekati mereka.Bertaubatlah sambil menangis di hadapan Allah.Siapalah kita berbanding Allah?Makhluk kerdil yang kadang-kadang tu lupa erti perhambaan.Kita makhluk dan mesti patuh kata tuan(Allah)!Kembalilah menghayati Akhlak Islami yang diajar oleh Rasulallah s.a.w.