Dec 3, 2010

Pernahkah anda semua di tegur oleh orang – orang yang lebih baik dari anda?
cuba perhatikan teguran mereka. Adakah teguran mereka itu adalah teguran yang berhikmah, atau sindiran?
Cuba perhatikan semua jenis teguran yang kita terima…
Hasil daripada pemerhatian kajian kes ini, didapati majoriti individu yang menegur kesalahan bukannya menegur. tetapi menjatuhkan.
ada pula yang sememangnya menegur, tetapi menyindir.
yang ingin di “highlight” kan di sini adalah “Sindiran”
Tahukah anda? sindiran itu lebih tajam daripada Marah.
kerana? kerana sindiran itu meresap ke dalam hati. sindiran itu lebih cair daripada asid.
Kurangnya keprihatinan hati orang yang memberi sindiran itu ialah pada keadaan orang yang di sindirkan. Boleh menyindir. tetapi Buruk akibatnya. Jika sindiran kita itu adalah sindiran untuk melawak tidak mengapa. tetapi jika ada “isu” sensitif dan orang itu menyindir, ia akan membuakkan perasaan “BENCI” pada si penyindir. dan terus “direct” membuatkan perhubungan itu “bergoncang”
Mengapa?
kerana :
“We’ve cleaned up the air, but polluted the soul”
dan sindiran juga memberi kesan yang sangat dalam pada si penerima sindiran.
Ingatlah…jika orang itu di sindir, dia akan menjadi orang yang lebih baik dan lebih hebat setelah masa berlalu dan mengalahkan si penyindir itu pula. dan pada masa itu si penyindir itu pula akan merasa sangat-sangat berdosa besar.
“Remember, Say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side” -George Carlin
kita tidak semestinya perlu menyindir jika orang itu melakukan kesalahan, atau orang itu tidak sependirian dengan kita.
Pendirian itu masing masing. kita tidak boleh memaksa orang lain untuk ikut pendirian kita, tetapi kita hanya boleh meraikan orang lain.
Keadaan situasi ini boleh dikaitkan dengan keadaan manusia.
kita hanya boleh hulurkan minuman kepada dia, tetapi kita tidak boleh paksa dia untuk minum air itu.
surah as-saff ayat 2 menyatakan,
“Wahai orang – orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan?”
situasinya, kita berkata- kata dan menyindir orang lain sedangkan kita tidak lakukannya.
Hal ini berkaitan dengan pemimpin.
seorang pemimpin mengatakan, Ha! kamu semua tidak boleh pergi kedai makan!. Sedangkan dia dengan selambanya pergi ke kedai makan.
ada satu lagi situasi,
dia telah melakukannya dan dia mengajak orang lain untuk melakukannya juga. tetapi orang lain tidak mahu melakukannya.
sepertinya dia telah melakukannya, cuma orang tidak sependapat dengan dia. Dia tidak wajar dan tidak seharusnya mengherdik dan menyindir orang lain kerana tidak sependapat dengannya. ini kerana pendapat setiap orang berbeza dan keadaan setiap orang berbeza.
Jangan jadi orang yang memaksa orang lain untuk memeluk Islam. Jika mereka tidak mahu biarkan. Mereka akan pergi kepada Islam juga satu hari nanti.
Bukan melepaskan tanggungjawab. tetapi berhikmah. Ada individu yang tidak dapat menerima hakikat itu terus menyindir mereka – mereka yang tidak mahu memeluk Islam.
Bukan senang orang ingin berubah, dan perubahan bukan boleh dibuat dengan mendadak dan tergesa – gesa.
Akhir kata, Berhikmahlah di dalam memujuk dan menarik orang lain dalam berdakwah, dan berhikmahlah dalam memujuk orang lain menjadi sependapat dengan kita.
“Earn Respect, then people will follow you”
“when you have respect, but you spoil it. people will leave you”