Apr 9, 2011

Cinta Tragis

Guys Read This ,

SEREMBAN: “Saya terkilan tidak sempat menarik baju yang dipakainya walaupun dia menjerit meminta tolong,” kata seorang pelajar kolej swasta, Nurul Faizah Nor, 19, rakan kepada dua mangsa lemas ketika berkelah di kawasan rekreasi Sungai Gunung Berembun, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing pekerja kedai kasut, Khairun Niza Kharul, 18, dari Mambau, dekat sini dan teman lelakinya yang juga pelajar kolej, Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang, Selangor ditemui lemas selepas berkelah di situ.

Katanya, mereka berempat datang dari rumah sewa di Seremban Dua, dekat sini, menaiki dua motosikal ke kawasan rekreasi itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurut Nurul Faizah, ketika kejadian dia bersama tiga rakan itu mandi-manda di kawasan air terjun di kawasan berkenaan sebelum hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan paras air sungai meningkat secara mendadak.

“Kedua-dua rakan lelaki naik terlebih dahulu ke tebing untuk menyelamatkan barangan makanan.

“Namun, saya dan Khairun Niza terus mandi sebelum berasa tidak sedap hati melihat paras air semakin naik dan terus naik ke batu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dia yang masih kelihatan terkejut dan trauma berkata, sebaik berada di atas batu dia menoleh ke arah rakannya itu dan terkejut melihat Khairun Niza terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong selepas dihanyutkan arus deras.


Katanya, dia hanya sempat menarik baju Khairun, tetapi terlepas kerana arus deras menariknya dan melihat kejadian cemas itu,Mohd Rozane terus terjun untuk menyelamatkan teman wanitanya. “Dalam keadaan arus deras Mohd Rozane turut lemas dan mujur saya sempat melompat ke atas kayu dan memanjat ke tebing ketika hampir dibawa arus.

“Saya dan teman lelaki,(Mohd Khalim Shiddik, 19) hanya mampu memandang kedua-duanya rakan kami dibawa arus deras,” katanya yang sebak dengan kejadian itu.




actually dah lame aku nk buat entry yg ni aw. aku skg dah rajin baca newspaper.semua cite aku dah twu skg tw, jgn main2. hehe good for me. dalam metro xsilap aku hari rabu atau khamis ( seperti biase saya lupa, masehhh ) terbace cite yg kt atas ni ha. couple ni dgn kawan die berkelah kt situ. tapi ape yg aku baca kt metro pasangan yg di bawa arus ni time hujan tu arwah still duduk mandi lagi kt situ.. then tbe2 air deras tu yg bwk arwah perempuan tu hanyut.. yg buat aku touching tu arwah lelaki ( bf ) tu die sanggup terjun nk selamatkn arwah perempuan ( gf ) die kot. serious memang sedih sangat.. memang dah jelas yg arwah bf die tu betul2 sayang kt arwah gf die.. sedih jugak sebab de dua lemas xdpt di selamatkan. tulah kuasa air kn. allahuakbar.. jadi marilah kte same2 sedekahkan al-fatihah pada mangsa and takziah pada keluarga mangsa.
AMIN..

P/S : seeloknya dengan keadaan cuaca yg tak menentukan sekarang lebih baik x pergi berkelah di mana2 tempat air yg berkemungkinan air yg deras atau air terjun yg bahaya tu ye. semoga kita semua dilindungi 
oleh-Nya. amin.